Jumaat, 3 Februari 2012

Kasih Sayang Allah SWT


Kasih Sayang Allah SWT 


Suatu ketika siti aisyah radiallahuanha iaitu isteri rasulullah saw telah di ziarahi oleh seorang ibu tua bersama 2 orang anaknya ygmana mereka bertiga ini tersangatlah lapar semasa rasulullah saw tidak ada di rumah....maka siti aisyah pun telah melayan dan menghidangkan mereka 3 biji kurma,iaitu seorang 1 biji kurma....bukanlah aisyah kedekut tak nak bagi mereka kurma lebih...walhal aisyah dan suaminya rasulullah hanya mempunyai 3 biji kurma itu saja yg tinggal..... setelah di hidangkan maka di rumah rasulullah sdh tidak ada makanan...dgn sifat ksh syg isteri rasulullah yg byk di didik oleh suaminya maka aisyah sanggup berlapar demi melihat ibu tadi bersama anaknya dpt menghilangkan kelaparan... .setelah itu begitu laparnya kedua orang anak ibu tunggal tersebut sehingga keduanya makan dgn bgitu cepat sekali....dan keduanya memandang kurma ibu mereka kerana kelaparan kedua anaknya belum lenyap...walhal ibunya tadi terlebihlah lagi merasakan kelaparan yg tak terhingga... .tapi dgn sbb kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yg tak terhingga,maka ibunya telah membelah kurma tersebut utk membahagikan samarata supaya kedua anaknya mendapat seorang separuh biji kurma.....lalu kedua anaknya makan dgn bgitu cepat....dgn kelaparan ibu tadi tanpa memakan kurma membuatkan siti aisyah mengeluarkan airmata kerana terlalu sebak,sanggup lapar asalkan anaknya kenyang..... 

Setelah rasulullah saw balik ke rumah....maka siti aisyah telah menceritakan perihal ibu tadi yg sanggup korbankan kelaparannya demi melihat kedua anaknya dlm keadaan kenyang kepada suaminya rasulullah saw...selepas rasulullah saw mendengar cerita daripada aisyah maka rasulullah telah bersabda: sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya..... 

-------------------------------------------------------------------------------- 
Tersebut kisah waktu tika dulu, ada seorang wanita yang sangat cantik dan digilai ramai..ada seorang pemuda yg sangat mencintainya telah merayu agar wanita itu boleh bersamanya.. setelah dirayu2 pelbagai cara, wanita itu kemudian memberikan syarat yang x masuk akal dgn niat pemuda itu putus asa dr merayunya..syratnya ialah membawa kepala ibu pemuda trsebut kepadanya.. 

berlarilah pemuda itu ke rumah dan memenggal kepala ibunya..kemudian dlm ia berlari membawa kepala ibunya kpd wanita itu, maka terjatuhlah ia..dengan kuasa Allah, kepala ibu itu blh bicara dan brtanya anaknya "wahai anakku, adakah keadaan kau baik?,.luka kah kulitmu?,.blh kah kau bangun anakku?",.. 

MasyaAllah,. walau dlm keadaan ni pn hati seorang ibu masih memikirkan tentang kebaikan anaknya..sedang anaknya telah melampaui batas terhadapnya. . 

Beginilah sanggupnya seorang ibu berkorban utk anaknya kerana terlalu kasih dan sayang....tetapi kasih sayang Allah swt pada manusia lebih2 lah lagi sehinggakan 70 kali ganda lebih daripada seluruh kasih yg tertinggi di dunia ini.....tidak ada satu kasih pun yg dapat menandingi kasihnya Allah swt pada manusia..... .. 

-------------------------------------------------------------------------------- 

Suatu ketika Allah swt perintahkan nabi nuh a.s utk dakwahkan kaum dia supaya beriman dgn Allah swt.....maka nabi nuh a.s telah buat dakwah atas kaum dia selama 950 tahun,itupun hanya lebih kuranh 80- org sahaja yg beriman mengikuti ajarannya... .yg lain semuanya ingkar,bukan setakat ingkar malahan menghina,menganggu, mencederakan nabi nuh a.s sehinggakan nabi nuh a.s telah di timbuni batu yg tinggi seperti tingginya gunung ganang yg mana nabi nuh di timbun di dalamnya akibat balingan hujan daripada kaumnya yg ingkar....maka nabi nuh a.s telah putus asa dan meminta supaya Allah swt binasakan kaumnya....sebelum itu Allah swt perintahkan nabi nuh a.s membuat dan mengukir satu tembikar yg paling cantik selama tiga hari tiga malam tanpa tidur dan rehat....maka nabi nuh a.s pun telah mengikut perintah Allah swt selama tiga hari tiga mala tanpa henti,rehat dan tidur....maka terciptalah sebuah tembikar yg begitu cantik dgn ukirannya hasil pengorbanan nuh a.s menciptanya. .....selesai sahaja tembikar tersebut siap maka Allah swt perintahkan nabi nuh a.s supaya membaling tembikar tersebut ke tanahsupaya tembikar tersebut hancur dan binasa....maka di katakan nabi nuh a.s telah menangis dan memujuk Allah swt supaya tak pecahkan tembikar tersebut kerana dia telah korbankan seluruh masa,tidur,dan rehatnya tanpa henti selama 3 hari 3 malam,tetapi Allah swt tetap perintahkan padanya supaya baling tembikar tersebut sehingga binasa....maka dalam keadaan sayu dan berat nabi nuh a.s pun merosakkan tembikar tersebut dalam keadaan menangis.... maka Allah swt bagitau pada nabi nuh a.s bahawa....BEGITULAH AKU(ALLAH) AKU MENCIPTA MANUSIA DGN BEGITU TELITI MELALUI KASIH SAYANG AKU CIPTAKAN MANUSIA,TAPI KAU (NUH) DGN SENANG MEMINTA AKU MUSNAHKAN MANUSIA...SESUNGGUH NYA AKU SAYANG PADA MANUSIA AKU CIPTAKAN MEREKA BUKAN UTK AZAB TAPI UTK SYURGA.....HANYA MEREKA YG TAK MEMPERDULIKAN AKU(ALLAH).. ..(dalam hadis qudsi) 

Allah swt telah berfirman di dalam hadis qudsi yg mafhum.....SEORANG MANUSIA YG MENDAPAT SURAT DARIPADA KEKASIHNYA,MAKA AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KERJANYA KERANA HENDAK MENELITI SURAT KEKASIHNYA.. ..SEKIRANYA IA SEDANG BERJALAN MAKA IA PASTI BERHENTI,SEKIRANYA IA MAKAN IAPUN BERHENTI DARI MAKAN,SEKIRANYA SEORANG TIDUR PASTI IANYA SEDAR DAN BANGUN,HANYA SEMATA UTK MEMBACA SURAT KEKASIHNYA.. ..SETIAP PERKATAAN DI FAHAMI DGN PENUH KHUSYUK...SEHINGGAK AN MEMBACANYA SURAT KEKASIHNYA BOLEH MEMBUATNYA TERSENYUM BOLEH MEMBUATNYA MENANGIS.... .SEDANGKAN AKU(ALLAH) TELAH MEMBERIKAN SURAT DAN AYAT2 KU(ALQURAN) NAMUN MANUSIA SEMUANYA BERPALING... . MELEBIHKAN SELURUH KERJA YG LAIN DARIPADA MEMBACA AYAT2KU(ALQURAN) ,BILA MEREKA MEMBACA TIDAK ADA SIFAT MAHU MEMAHAMI KEHENDAKKU,SEMUANYA INGKAR DARI PERINTAHKU.. .MAKA SIAPAKA YG LEBIH BESAR AKU ATAU KAWAN2 KEKASIH KAMU? AYAT2KU ATAU SURAT2 KEKASIH KAMU?ADAKAH KAMU MENANGGAP AKU INI LEBIH KECIL DARIPADA SELURUH KAWAN2 DAN KEKASIH KAMU.....SEDANGKAN AKULAH YG MENGAZAB KAMU SEMUA DI HARI ESOK....(mafhum dalam hadis qudsi atau ta'lim fdhail amal atau hayatus sahabah) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan