Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Salam Maulidur Rasul buat seluruh ummat Muhammad S.A.W.
Secebis kisah buat renungan...
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”
“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya?”
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”
Subhanallah... hebatnya pengorbanan dan kasih syg yang ada pada baginda.
Bagaimana kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. ?
Sekalipun airmata mengalir hanya dengan membaca kisah ini, masih juga kita tidak mampu membalas tiap pengorbanan yang telah baginda lakukan buat ummat-ummatnya.
Muhasabahlah diri, moga dengan setulus ingatan dan selawat ke atas baginda, bisa meluahkan rasa kasih sayang yang ingin kita curahkan pada Rasulullah S.A.W.
Dan doakan agar kita akan bersamanya di Syurga Allah nanti... aamiin Ya Allah.
"If Rasulullah (PBUH) is in front of you now, what would you say to him? What would you say to him? Are you ashamed? Would you cry? We say we love him, but then, why do we astray from his way?".
Siapa Rasulullah ini? Utusan Allah? Nabi akhir zaman? Pemimpin ummah? Ya, semua jawapan anda betul. Tapi yang paling penting, Rasulullah SAW ini merupakan kekasih Allah. Kekasih Allah tahu? Bukan kekeasih Gu Jun Pyo ke, kekasih Conan ke, tapi kekasih Allah. MashaAllah, tingginya darjat Rasulullah kan? Dibandingkan kita dengan Baginda SAW seolah-olah langit dan bumi.
Tapi, tahukah kita siapa yang Rasulullah ini cinta selain daripada Allah Taala? Siapa yang Baginda SAW rindu sepanjang hayat baginda? UMATNYA! Dan siapakah umatnya itu? Ya, KITA! Kita semualah umat yang bertuah itu.
'Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?"Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)" suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan \'ikhwan\' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat" jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami" celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui" jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.'
Allah, sweet bukan Rasulullah ini. Masakan tidak, di hadapan sahabat-sahabat yang mencintai Baginda sepenuh hati, Baginda mengaku kita ini saudara-saudaranya. Baginda cakap Baginda amat rindu pada kita. Padahal, sekalipun Baginda tidak pernah berjumpa kita.
Cuba anda bayangkan, suatu hari tiba-tiba saya pergi pada anda dan katakan; 'saya rindu sangat dengan cucu kamu'
Apa perasaan anda? Padahal anda belum berkahwin, anak pun masih tiada, cucu apatah lagi. Tiba-tiba saya datang dan katakan saya rindu pada cucu anda. Apa perasaan anda? Sama ada anda kata saya buang tebiat atau anda kata saya mengigau di siang hari.
Tapi itulah Rasulullah. Rasulullah tidak kenal kita semua, berjumpa apatah lagi, tapi Baginda mengaku Baginda rindukan kita. Kita bagaimana?
Semasa Baginda hampir wafat, di saat-saat sakaratul maut Baginda, nama siapa yang Baginda sebut?
'Ummati! Ummati! Ummati!'
Siapa Ummati yang diulang-ulang itu kalau bukan kita? Malah Rasulullah berdoa pada Allah, Rasulullah berkata kalaulah boleh Baginda mahu menanggung segala kesakitan sakaratul maut kita kerana Baginda dapat merasakan betapa sakitnya kematian itu. Allah. Sehingga ke tahap itu kecintaan Rasulullah terhadap kita. Renung sejenak, bila kali terakhir kita berselawat pada Baginda? "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku"
Benar, Rasulullah sudah wafat, tapi Baginda telah meninggalkan sesuatu untuk kita. Sesuatu yang kalau kita ikut, kita tak akan sesat selama-selamanya. Itulah al-quran dan sunnah Baginda. "ala, itu nabi.zaman dahulu kala, zaman kuno.buat apa nak ikut apa yang dia buat?"
Tapi bila part mahu kahwin lagi satu,
"ala sayang, bolehlah abang kahwin lagi satu. Abang tengah nak ikut sunnah Rasulullah ni."
Patutkah kita mengikut sunnah Baginda yang satu ini saja sedangkan sunnah yang lain kita tinggalkan? Tidak malukah kita?
Bukti kecintaan Rasulullah ini sangat banyak. Disebut-sebut dalam hadith Baginda, malah di dalam al quran sekalipun dinyatakan betapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada kita.
"Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya."(riwayat al-Darimi).
"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu." (riwayat Bukhari dan Muslim).
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (9:128).
Allah. Hebatnya cinta Rasulullah pada kita bukan? Kenapa kita masih sombong dan bongkak, malas mahu berselawat pada Baginda? Tidak mahukan kita balas cinta Kekasih Allah ini? "Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku"
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud) Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
moga-moga kita dapat menjadikan kisah ini sebagai pendorang untuk kita terus berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Suatu ketika siti aisyah radiallahuanha iaitu isteri rasulullah saw telah di ziarahi oleh seorang ibu tua bersama 2 orang anaknya ygmana mereka bertiga ini tersangatlah lapar semasa rasulullah saw tidak ada di rumah....maka siti aisyah pun telah melayan dan menghidangkan mereka 3 biji kurma,iaitu seorang 1 biji kurma....bukanlah aisyah kedekut tak nak bagi mereka kurma lebih...walhal aisyah dan suaminya rasulullah hanya mempunyai 3 biji kurma itu saja yg tinggal..... setelah di hidangkan maka di rumah rasulullah sdh tidak ada makanan...dgn sifat ksh syg isteri rasulullah yg byk di didik oleh suaminya maka aisyah sanggup berlapar demi melihat ibu tadi bersama anaknya dpt menghilangkan kelaparan... .setelah itu begitu laparnya kedua orang anak ibu tunggal tersebut sehingga keduanya makan dgn bgitu cepat sekali....dan keduanya memandang kurma ibu mereka kerana kelaparan kedua anaknya belum lenyap...walhal ibunya tadi terlebihlah lagi merasakan kelaparan yg tak terhingga... .tapi dgn sbb kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yg tak terhingga,maka ibunya telah membelah kurma tersebut utk membahagikan samarata supaya kedua anaknya mendapat seorang separuh biji kurma.....lalu kedua anaknya makan dgn bgitu cepat....dgn kelaparan ibu tadi tanpa memakan kurma membuatkan siti aisyah mengeluarkan airmata kerana terlalu sebak,sanggup lapar asalkan anaknya kenyang.....
Setelah rasulullah saw balik ke rumah....maka siti aisyah telah menceritakan perihal ibu tadi yg sanggup korbankan kelaparannya demi melihat kedua anaknya dlm keadaan kenyang kepada suaminya rasulullah saw...selepas rasulullah saw mendengar cerita daripada aisyah maka rasulullah telah bersabda: sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya.....
Tersebut kisah waktu tika dulu, ada seorang wanita yang sangat cantik dan digilai ramai..ada seorang pemuda yg sangat mencintainya telah merayu agar wanita itu boleh bersamanya.. setelah dirayu2 pelbagai cara, wanita itu kemudian memberikan syarat yang x masuk akal dgn niat pemuda itu putus asa dr merayunya..syratnya ialah membawa kepala ibu pemuda trsebut kepadanya..
berlarilah pemuda itu ke rumah dan memenggal kepala ibunya..kemudian dlm ia berlari membawa kepala ibunya kpd wanita itu, maka terjatuhlah ia..dengan kuasa Allah, kepala ibu itu blh bicara dan brtanya anaknya "wahai anakku, adakah keadaan kau baik?,.luka kah kulitmu?,.blh kah kau bangun anakku?",..
MasyaAllah,. walau dlm keadaan ni pn hati seorang ibu masih memikirkan tentang kebaikan anaknya..sedang anaknya telah melampaui batas terhadapnya. .
Beginilah sanggupnya seorang ibu berkorban utk anaknya kerana terlalu kasih dan sayang....tetapi kasih sayang Allah swt pada manusia lebih2 lah lagi sehinggakan 70 kali ganda lebih daripada seluruh kasih yg tertinggi di dunia ini.....tidak ada satu kasih pun yg dapat menandingi kasihnya Allah swt pada manusia..... ..
Suatu ketika Allah swt perintahkan nabi nuh a.s utk dakwahkan kaum dia supaya beriman dgn Allah swt.....maka nabi nuh a.s telah buat dakwah atas kaum dia selama 950 tahun,itupun hanya lebih kuranh 80- org sahaja yg beriman mengikuti ajarannya... .yg lain semuanya ingkar,bukan setakat ingkar malahan menghina,menganggu, mencederakan nabi nuh a.s sehinggakan nabi nuh a.s telah di timbuni batu yg tinggi seperti tingginya gunung ganang yg mana nabi nuh di timbun di dalamnya akibat balingan hujan daripada kaumnya yg ingkar....maka nabi nuh a.s telah putus asa dan meminta supaya Allah swt binasakan kaumnya....sebelum itu Allah swt perintahkan nabi nuh a.s membuat dan mengukir satu tembikar yg paling cantik selama tiga hari tiga malam tanpa tidur dan rehat....maka nabi nuh a.s pun telah mengikut perintah Allah swt selama tiga hari tiga mala tanpa henti,rehat dan tidur....maka terciptalah sebuah tembikar yg begitu cantik dgn ukirannya hasil pengorbanan nuh a.s menciptanya. .....selesai sahaja tembikar tersebut siap maka Allah swt perintahkan nabi nuh a.s supaya membaling tembikar tersebut ke tanahsupaya tembikar tersebut hancur dan binasa....maka di katakan nabi nuh a.s telah menangis dan memujuk Allah swt supaya tak pecahkan tembikar tersebut kerana dia telah korbankan seluruh masa,tidur,dan rehatnya tanpa henti selama 3 hari 3 malam,tetapi Allah swt tetap perintahkan padanya supaya baling tembikar tersebut sehingga binasa....maka dalam keadaan sayu dan berat nabi nuh a.s pun merosakkan tembikar tersebut dalam keadaan menangis.... maka Allah swt bagitau pada nabi nuh a.s bahawa....BEGITULAH AKU(ALLAH) AKU MENCIPTA MANUSIA DGN BEGITU TELITI MELALUI KASIH SAYANG AKU CIPTAKAN MANUSIA,TAPI KAU (NUH) DGN SENANG MEMINTA AKU MUSNAHKAN MANUSIA...SESUNGGUH NYA AKU SAYANG PADA MANUSIA AKU CIPTAKAN MEREKA BUKAN UTK AZAB TAPI UTK SYURGA.....HANYA MEREKA YG TAK MEMPERDULIKAN AKU(ALLAH).. ..(dalam hadis qudsi)
Allah swt telah berfirman di dalam hadis qudsi yg mafhum.....SEORANG MANUSIA YG MENDAPAT SURAT DARIPADA KEKASIHNYA,MAKA AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KERJANYA KERANA HENDAK MENELITI SURAT KEKASIHNYA.. ..SEKIRANYA IA SEDANG BERJALAN MAKA IA PASTI BERHENTI,SEKIRANYA IA MAKAN IAPUN BERHENTI DARI MAKAN,SEKIRANYA SEORANG TIDUR PASTI IANYA SEDAR DAN BANGUN,HANYA SEMATA UTK MEMBACA SURAT KEKASIHNYA.. ..SETIAP PERKATAAN DI FAHAMI DGN PENUH KHUSYUK...SEHINGGAK AN MEMBACANYA SURAT KEKASIHNYA BOLEH MEMBUATNYA TERSENYUM BOLEH MEMBUATNYA MENANGIS.... .SEDANGKAN AKU(ALLAH) TELAH MEMBERIKAN SURAT DAN AYAT2 KU(ALQURAN) NAMUN MANUSIA SEMUANYA BERPALING... . MELEBIHKAN SELURUH KERJA YG LAIN DARIPADA MEMBACA AYAT2KU(ALQURAN) ,BILA MEREKA MEMBACA TIDAK ADA SIFAT MAHU MEMAHAMI KEHENDAKKU,SEMUANYA INGKAR DARI PERINTAHKU.. .MAKA SIAPAKA YG LEBIH BESAR AKU ATAU KAWAN2 KEKASIH KAMU? AYAT2KU ATAU SURAT2 KEKASIH KAMU?ADAKAH KAMU MENANGGAP AKU INI LEBIH KECIL DARIPADA SELURUH KAWAN2 DAN KEKASIH KAMU.....SEDANGKAN AKULAH YG MENGAZAB KAMU SEMUA DI HARI ESOK....(mafhum dalam hadis qudsi atau ta'lim fdhail amal atau hayatus sahabah)