Sabtu, 22 Disember 2012
kisah benar di syria
Kisah Aisyah Dirogol Di Kilang Gula : Kebinatangan Rejim Basyar Kepada Wanita Sunni Syria
Kisah ini diceritakan daripada seorang gadis Sunni bernama Aisyah di sebuah Hospital di Istanbul, Turki. Maklumat lengkap dari...pada salah seorang saksi hidup yang selamat.
Lokasi: Kilang Gula Jisr Al-Shughour, Syria Utara, bandar Sunni, 20km dari Turki, sempadan Syria.
Pada tarikh 14 Jun, tentera rejim Basyar mengelilingi Jisr Al-Shughour dengan bilangan 3000 tentera dan 300 kereta kebal untuk menyerbu bandar pada keesokan harinya, iaitu tarikh 15 Jun.
Berita dari bandar tersebut ketika itu adalah hampir 30 orang dibunuh dan dikuburkan di kilang gula kemudian di atasnya dilapisi simen. Hari berikutnya sehingga 28 Jun, berita mengenai peristiwa di Jisr Al-Shughour disembunyikan dari dunia.
Berita tersebut mula bocor selepas 13 hari kemudian iaitu pada 28 Jun, ketika tentera Basyar meninggalkan kota itu untuk menyerbu bandar lain.
Pada hari Jumaat tarikh 17 Jun 2011, para jeneral rejim Basyar membunuh lebih kurang 30 pemuda dan menguburkannya di kilang gula, lalu melapisinya dengan simen. Tetapi ketika malam tiba, para jeneral itu tiada tempat yang lebih baik untuk tidur kecuali di kilang gula tersebut. Sehingga mereka memutuskan untuk menggunakannya sebagai markas semasa operasi serangan ke atas Bandar tersebut.
Untuk memuaskan nafsu binatang mereka, satu idea gila terlintas di benak para jeneral tersebut. Mereka ingin beberapa wanita Sunni telanjang untuk hiburan! Mereka memerintahkan agar menangkap gadis-gadis tercantik di bandar termasuk Aisyah dan seramai lebih kurang 20 orang gadis.
“Pertama kali kami memasuki kilang, kami dibogelkan dan menjadi sasaran gangguan dan seksaan mereka. Kemudian para jeneral itu memerintahkan tenteranya untuk berhenti memukul kerana mereka ingin menikmati daging putih bersih kami,” kata Aisyah.
“Selepas beberapa hari, saya pasrah tentang pemerkosaan tersebut. Sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Tapi jika menggunakan tubuh saya untuk menyiapkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan teh dan kopi, sekurang-kurangnya mereka memakaikan sehelai baju di tubuh saya. Saya benci menjadi budak telanjang. Saya hanya berharap mereka menutupi tubuh saya, “kata Aisyah.
“Ketika para jeneral itu kembali dari operasi, mereka memerintahkan kami berbaris dan memaksa kami menjilat kasut askar mereka sampai bersih.”
“Saya sudah tahu apa yang akan berlaku sejak diberitahu bahawa yang ditangkap adalah gadis-gadis cantik yang muda. Tapi saya tidak pernah tahu mereka memilih kami kerana nama kami sehingga keesokan harinya apabila mereka mula memanggil kami semua sebagai Aisyah (Syiah sangat membenci Saidatina Aisyah isteri nabi) dan mengganggu kami dengan pelbagai cara. Barulah kami faham apa yang mereka inginkan “kata Aisyah.
“Hari pertama dia menyuntik sejenis cecair ke kaki saya sehingga kami tidak mampu berdiri. Saya berharap dia membunuh saya saja malam itu, namun mereka tidak pernah menyuntik kami lagi selepas itu.”
“Pada hari ketiga, mereka membunuh salah seorang gadis yang melawan seorang tentera rejim. Mereka memotong putingnya kerana dia menentangnya. Lalu kami tahu dari perbincangan para tentera itu bahawa mereka memperkosanya kemudian membunuh dan menguburnya bersama ‘yang lain’ di bawah kilang. Ia adalah bertujuan untuk menakutkan para gadis lain agar tidak ada lagi yang berani menentangnya, “kata saksi terselamat.
“Kami takut dan terpaksa 'membahagiakan' mereka. Kami terpaksa memuaskan seksual mereka walaupun di hadapan orang ramai. Mereka ‘bermain’ dengan kami sepuas-puasnya, bahkan di atas meja apabila mereka sedang merancang bagaimana hendak memindahkan tank-tank mereka untuk menghancurkan bandar kami” kata Aisyah.
“Selepas hari kesepuluh, mereka beredar dan hilang begitu saja. Kami telanjang. Kami sendirian di kilang. Kami tidak berani melarikan diri. Kami tidak berani bertanya apakah kami sudah boleh berbual atau tidak. Kami benar-benar takut. Lalu beberapa lelaki dari kampung kami (FSA) datang dan menyelamatkan kami“ kata Aisyah.
“Alhamdulillah, saya telah keguguran dan dapat berjalan lebih baik sekarang. Saya masih ingat wajah-wajah mereka, nama-nama mereka dan bandar-bandar asal mereka. Saya bersumpah akan membalas dendam. Hanya abang saya yang tahu cerita keseluruhannya yang tidak mungkin saya paparkan kepada keluarga saya kerana mereka tidak akan lagi mengiktiraf saya sebagai anak mereka setelah orang Syiah memperkosa saya. Tidak ada lelaki akan berkahwin dengan saya kerana kisah tragis ini. Saya akan cuba menukar nama saya supaya tidak akan ada seorang pun mengenali saya, “kata Aisyah
Nota : Tujuan kami menyiarkan kisah benar ini adalah bertujuan untuk memberitahu dunia bahawa inilah hakikat yang sedang dialami oleh Sunni di Syria. Mereka dibunuh, diperkosa dan disembelih oleh rejim Basyar Syiah Nusairi. Laknat Allah ke atas mereka semua.
Maka, apa beza mereka dengan zionis?
Rabu, 24 Oktober 2012
37 Pangkat @ Maqam Wali
Berikut di bawah ini pangkat/maqam para aulia Allah yang diambil dari kitab Jami'u Karomatil Aulia:
1. Qutub atau Ghauts (1 abad - seorang).
2. Aimmah (1 abad - 2 orang).
3. Autad (1 abad - 4 orang di 4 penjuru mata angin).
4. Abdal (1 abad - 7 Orang tidak akan bertambah & berkurang apabila ada wali abdal yang wafat Allah menggantikannya dengan mengangkat wali abdal yang lain (Abdal = Pengganti ). Wali Abdal juga ada yang waliyahnya (wanita).
5. Nuqoba’ (Naqib), iaitu 1 abad - 12 orang diwakilkan Allah pada setiap bulan).
6. Nujaba’ (1 abad - 8 orang).
7. Hawariyyun (1 abad - seorang): wali Hawariyyun yang diberi kelebihan oleh Allah dalam hal keberanian, pedang (jihad) dalam menegakkan agama Islam di muka bumi ini.
8. Rojabiyyun (1 abad - 40 orang) yang tidak akan bertambah & berkurang apabila ada salah satu wali Rojabiyyun yang meninggal dunia Allah kembali mengangkat wali Rojabiyyun yang lain, dan Allah mengangkatnya menjadi wali khusus di bulan Rajab dari awal bulan sampai akhir bulan oleh sebab itu namanya Rojabiyyun.
9. Khotam (penutup wali; 1 alam dunia - seorang); iaitu Nabi Isa a.s. ketika diturunkan kembali ke dunia Allah angkat menjadi wali Khotam (penutup).
10. Qolbu Adam a.s. (1 abad - 300 orang).
11. Qolbu Nuh a.s (1 abad - 40 orang).
12. Qolbu Ibrahim a.s. (1 abad - 7 orang).
13. Qolbu Jibril a.s. (1 abad - 5 orang).
14. Qolbu Mikail a.s. (1 abad - 3 orang tidak kurang dan tidak lebih Allah selalu mengangkat wali lainnya apabila ada salah satu daripada wali qolbu Mikail yang wafat).
15. Qolbu Israfil a.s (1 abad - seorang)
16. Rizalul ‘Alamul Anfas (1 abad - 313 orang).
17. Rizalul Ghaib (1 abad - 10 orang tidak bertambah dan berkurang tiap-tiap wali Rizalul Ghoib ada yang wafat seketika itu juga Allah mengangkat wali Rizalul Ghaib yang lain. Wali Rizalul Ghaib merupakan wali yang disembunyikan oleh Allah dari penglihatan makhluq-makhluk bumi dan langit. Setiap wali Rizalul Ghaib tidak dapat mengetahui akan wali Rizalul Ghaib yang lain. Ada juga wali dengan pangkat Rijalul Ghaib dari golongan jin Mukmin. Semua wali Rizalul Ghaib tidak mengambil sesuatu pun dari rezeki alam nyata ini, tetapi mereka mengambil atau menggunakan rezeki dari alam ghaib.
18. Adz-Dzohirun (1 abad -18 orang).
19. Rizalul Quwwatul Ilahiyyah (1 abad - 8 orang).
20. Khomsatur Rizal (1 abad - 5 orang).
21. Rizalul Hanan (1 abad -15 orang).
22. Rizalul Haybati Wal Jalal (1 abad - 4 orang).
23. Rizalul Fath (1 abad - 24 orang) Allah mewakilkannya di tiap sa'ah (jam). Wali Rizalul Fath tersebar di seluruh Dunia - 2 Orang di Yaman, 6 orang di negara barat, 4 orang di negara timur, dan sisanya di semua jihat (arah mata angin).
23. Rizalul Ma'arijil 'Ula (1 abad -7 orang).
24. Rizalut Tahtil Asfal (1 abad - 21 orang).
25. Rizalul Imdad (1 abad - 3 orang).
26. Ilahiyyun Ruhamaniyyun (1 abad - 3 orang). Pangkat ini menyerupai pangkatnya wali Abdal.
27. Rozulun Wahidun (1 abad - 1 orang).
28. Rozulun Wahidun Markabun Mumtaz (1 abad - seorang).
Wali dengan Maqom Rozulun Wahidun Markab ini dilahirkan antara manusia dan golongan ruhani (iaitu bukan manusia murni). Dia tidak mengetahui siapa ayahnya dari golongan manusia. Wali dengan pangkat ini tubuhnya terdiri daripada dua jenis zat yang berbeza. Pangkat wali ini ada juga yang menyebut 'Rozulun Barzakh'. Ibu wali pangkat ini dari golongan ruhani air 'innalloha 'ala kullisay in qodirun' - "Sesungguhnya Alloh S.W.T atas segala sesuatu Maha Kuasa".
29. Syakhsun Ghorib (di dunia hanya ada seorang).
30. Saqit Arofrof Ibni Saqitil 'Arsy (1 abad - seorang).
31. Rizalul Ghina (1 abad - 2 orang) sesuai dengan nama maqamnya (pangkatnya) Rizalul Ghina 'wali ini sangat kaya baik kaya ilmu agama, kaya ma'rifatnya kepada Allah mahupun kaya harta yang dijalankan di jalan Allah. Pangkat Wali ini juga ada waliahnya (wali wanita).
31. Syakhsun Wahidun (1 abad - seorang).
32. Rizalun Ainit Tahkimi waz Zawaid (1 abad -10 orang).
33. Budala' (1 abad -12 orang). Budala' Jama' nya (Jama' Sigoh Muntahal Jumu') dari Abdal, tetapi bukan pangkat Wali Abdal.
34. Rizalul Istiyaq (1 abad - 5 orang).
35. Sittata Anfas (1 abad - 6 orang). Salah satu wali dari pangkat ini adalah Putranya Raja Harun Ar-Rasyid, iaitu Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah Ahmad As-Sibty.
36. Rizalul Ma' ( 1 abad - 124 orang). Wali dengan pangkat ini beribadahnya di dalam air di riwayatkan oleh Syeikh Abi Su'ud Ibni Syabil." Pada suatu ketika aku berada di pinggir sungai tikrit di Bagdad dan aku termenung dan terbersit dalam hatiku, "Apakah ada hamba-hamba Allah yang beribadah di sungai atau di lautan?" Belum pun sampai perkataan hatiku tiba-tiba dari dalam sungai muncullah seseorang yang berkata "Akulah salah satu hamba Allah yang ditugaskan untuk beribadah di dalam air". Maka akupun mengucapkan salam padanya lalu Dia pun membalas salam aku dan tiba-tiba orang tersebut hilang dari pandanganku.
37. Dakhilul Hizab (1 abad - 4 orang).
Wali dengan pangkat Dakhilul Hizab sesuai nama pangkatnya, wali ini tidak dapat diketahui kewaliannya oleh para wali yang lain sekalipun sekelas qutbil aqtobseperti Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani. Ia disebabkan wali ini ada di dalam hizabnya Allah. Namanya tidak tertera di Lauhil Mahfudz sebagai barisan para aulia, Namun'nur ilahiyyahnya dapat terlihat oleh para aulia seperti yang diriwayatkan dalam kitab 'Nitajul Arwah' bahawa suatu ketika Syeikh Abdul Qodir Jilani melaksanakan tawaf di Baitullah Mekah, tiba-tiba syeikh melihat seorang wanita dengan nur ilahiyyahnya yang begitu terang benderang sehingga Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani mukasyafah ke lauhil mahfudz. Di sana dilihat nama wanita itu tidak ada di barisan para wali Allah.
Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani bermunajat kepada Allah untuk mengetahui siapakah wanita itu dan apa yang menjadi amalnya sehingga nur ilahiyyahnya terpancar begitu dahsyat. Kemudian Allah memerintahkan malaikat Jibril a.s untuk memberitahu kepada syeikh bahawa wanita tersebut adalah seorang waliyyah dengan maqam/pangkat Dakhilul Hizab - 'berada dalam hizabnya Allah'. Kisah ini mengisyaratkan kepada kita semua agar senantiasa ber husnudzon (berbaik sangka) kepada semua makhluq Allah. Sebetulnya masih ada lagi maqam-maqam para aulia yang tidak diketahui oleh kita. Allah swt menurunkan para aulia di bumi ini dalam 1 abad - 124,000 orang yang mempunyai tugas masing-masing sesuai dengan pangkat atau maqamnya.
Sumber" www.ghaib99.blogspot.com
Para wali Allah

Jumaat, 4 Mei 2012
Kisah benar seorang suami yg membuatkan kita mengalirkan air mata
LUAHAN HATI SEORANG SUAMI
isteri yang terbaik
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini…tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya....tajuknya now and forever by richard mark.
( now and forever by richard mark)
P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)
AMBIL IKTIBAR,..HARGAILAH APA YANG KITA ADA SEBELUM KITA KEHILANGANNYA..
Wanita Tua Yang Berbicara Hanya Menggunakan Ayat2 al-Quran
Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah saw. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.
Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.Abdullah : “Assalamu’alaikum warahmatu Allahiwabarakaatuh.”
Wanita tua :Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 56)
Abdullah : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”
Wanita tua :Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya. (Al-A’raaf 186)
Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.
Abdullah : “Kemana anda hendak pergi?”
Wanita tua :Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin). (Al-Israa’ 1)
Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.
Abdullah : “Sudah berapa lama anda berada di sini?”
Wanita tua :Selama tiga malam dalam keadaan sihat. (Maryam 10)
Abdullah : “Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?”
Wanita tua :Dialah Allah pemberi aku makan dan minum. (Asy-Syu’araa’ 79)
Abdullah : “Dengan apa anda melakukan wudhu?”
Wanita tua :Bila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih. (Al Maaidah 6)
Abdulah : “Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya?”
Wanita tua :Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib. (Al- Baqarah 187)
Abdullah : “Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?”
Wanita tua :Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Al- Baqarah 184)
Abdullah : “Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”
Wanita tua :Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid. (Qaaf 18)
Abdullah : “Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”
Wanita tua :Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan
dipertanggung jawabkan. (Al-Israa’ 36)
Abdullah : “Saya telah berbuat salah, maafkan saya.”
Wanita tua :Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha
Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (Yusuf 92)
Abdullah : “Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena anda akan
menjumpai kafilah yang di depan.”
Wanita tua :Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah. (Al-Baqarah 197)
Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :
Wanita tua :Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka. (An-Nuur 30)
Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan ia mengendarai untaku.
Tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap lagi.
Wanita tua :Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri. (Asy-Syuura 30)
Selesai mengikat unta itu saya pun mempersilahkan wanita tua itu naik.
Wanita tua :Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. (Az-Zukhruf 13-14)
Sayapun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi.
Wanita tua :Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu. (Luqman 19)
Lalu aku jadikan unta itu jalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair
Wanita tua :Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur’an. (Al-Muzzammil 20)
Abdullah : “Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak.”
Wanita tua :Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu. (Al- Baqarah 269)
Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.
Abdullah : “Apakah anda mempunyai suami?”
Wanita tua :Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu. (Al Maaidah 101)
Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kafilah di depan kami.
Abdullah : “Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?”
Wanita tua :Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia. (Al-Kahf 46)
Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.
Abdullah : “Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?”
Wanita tua :Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk. (Al-Nahl 16)
Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk.
Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.
Abdullah : “Adakah kamu kenal orang yang berada dalam kemah ini?”
Wanita tua :Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi. (An-Nisaa’ 125)
Dan Allah berkata-kata kepada Musa. (An-Nisaa’ 164)
Wahai Yahya pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh. (Maryam 12)
Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama
tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.
Wanita tua :Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu. (Al-Kahf 19)
Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :
Wanita tua :Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu.(Al-Haaqqah 24)
Abdullah : “Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”
Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :“Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an, hanya karena bimbang tersalah bicara.”
Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya dan berkata:
Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 21)
Ahad, 12 Februari 2012
Khutbah Terakhir Rasulullah
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/
Sabtu, 4 Februari 2012
♥ Rasulullah S.A.W. tauladan Sepanjang Zaman... ♥
Salam Maulidur Rasul buat seluruh ummat Muhammad S.A.W.
Secebis kisah buat renungan...
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”
“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya?”
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”
Subhanallah... hebatnya pengorbanan dan kasih syg yang ada pada baginda.
Bagaimana kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. ?
Sekalipun airmata mengalir hanya dengan membaca kisah ini, masih juga kita tidak mampu membalas tiap pengorbanan yang telah baginda lakukan buat ummat-ummatnya.
Muhasabahlah diri, moga dengan setulus ingatan dan selawat ke atas baginda, bisa meluahkan rasa kasih sayang yang ingin kita curahkan pada Rasulullah S.A.W.
Dan doakan agar kita akan bersamanya di Syurga Allah nanti... aamiin Ya Allah.
[CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.]

![]() |
| Selamat menyambut Maulir Rasul 1433H |
Langgan:
Ulasan (Atom)